Friday, March 11, 2011

MENUNTUT ILMU

ILMU.

Ilmu bermaksud tahu ataupun pengetahuan. ilmu berasal dari bahasa Arab "alima-ya'lamu. menurut wikipedia. merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Seperti yang kita ketahui menuntut ilmu adalah wajib bagi kita sebagai umat islam.

Rasulullah S.A.W.. bersabda
"Manusia yang paling lapar adalah orang yang mencari ilmu, manusia yang paling kenyang adalah orang yang tidak mahu mencarinya."(Kanz al-Ummal,no:28932)
"Ketahuilah bahawa ilmu itu lebih baik dari amal. Seorang alim ialah yang mengamalkan ilmunya meskipun sedikit."(Madinah al-Balaghah,Jilid:1,ms:106)

Al-Qur'an 
Niscaya Allah akan meninggikan beberapa darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat (Qur’an Al mujadalah 11)
 "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu."(surah al-'Alaq,ayat:1)

Di riwayatkan oleh Muaz R.A katanya:
Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana:
ü  Menuntutnya adalah ibadat.
ü  Mencarinya adalah jihad.
ü  Menelaahnya adalah tasbih.
ü  Mengajarnya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah.
ü  Memberinya kepada ahlinya adalah kebaktian.
ü  Dialah dan teman di masa kesepian.
ü  Dialah petujuk jalan kepada agama dan pendorong kesedaran dalam masa kepayahan dan kesempitan.



Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

* gambar dari google

Saturday, January 22, 2011

"HOMSIS"

Assalamualaikum wbt





Tarikh : 22 - 23 / 1 / 2011
Tempat : Dewan Serbaguna (DSG)
Masa : 8.30 pm

Salam ukhuwah buat para sahabat. Pada hari tersebut UiTM Jengka Pahang akan mengadakan "HOMSIS". Di mana semua persatuan yang telah ditubuhkan akan membuka booth masing-masing untuk mendedahkan setiap persatuan. 

Ahli Rakan Masjid (ARM) juga adalah salah daripadanya. Kami Ahli Rakan Masjid akan berada di sana bersama-sama dengan anda. 

Mari kita beramai- ramai berkunjung ke DSG bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang persatuan - persatuan yang terdapat di UiTM Jengka Pahang ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, datanglah beramai-ramai ke DSG. Saksikan sendiri dengan pancaindera anda. Pasti anda mengetahuinya kelak.

Jumpa di sana!

Thursday, December 23, 2010

"Saya Ingat 5 Itu!"

Ini bukanlah 5 perkara tentang Rukun Negara. Tidak. Harap maklum. Yup, memang seringkali kita dengar di corong radio dan iklan di televisyen dan mungkin di internet juga mengenai 5 perkara ini. Adakah anda tahu apa benda 5 perkara yang ingin saya sampaikan pada entri kali ini? 

5 PERKARA :

1. Sihat SEBELUM sakit
2. Tua SEBELUM muda
3. Kaya SEBELUM miskin
4. Lapang SEBELUM sempit
5. Hidup SEBELUM mati

Hadis Nabi tentang "lima perkara sebelum lima perkara" itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut.
Riwayat Imam Hakim

SEBELUM 5 perkara itu terjadi, persiapkanlah diri kita dengan amalan-amalan mahmudah agar kelak di akhirat lebih terjamin.