Friday, March 11, 2011

MENUNTUT ILMU

ILMU.

Ilmu bermaksud tahu ataupun pengetahuan. ilmu berasal dari bahasa Arab "alima-ya'lamu. menurut wikipedia. merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Seperti yang kita ketahui menuntut ilmu adalah wajib bagi kita sebagai umat islam.

Rasulullah S.A.W.. bersabda
"Manusia yang paling lapar adalah orang yang mencari ilmu, manusia yang paling kenyang adalah orang yang tidak mahu mencarinya."(Kanz al-Ummal,no:28932)
"Ketahuilah bahawa ilmu itu lebih baik dari amal. Seorang alim ialah yang mengamalkan ilmunya meskipun sedikit."(Madinah al-Balaghah,Jilid:1,ms:106)

Al-Qur'an 
Niscaya Allah akan meninggikan beberapa darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat (Qur’an Al mujadalah 11)
 "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu."(surah al-'Alaq,ayat:1)

Di riwayatkan oleh Muaz R.A katanya:
Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana:
ü  Menuntutnya adalah ibadat.
ü  Mencarinya adalah jihad.
ü  Menelaahnya adalah tasbih.
ü  Mengajarnya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah.
ü  Memberinya kepada ahlinya adalah kebaktian.
ü  Dialah dan teman di masa kesepian.
ü  Dialah petujuk jalan kepada agama dan pendorong kesedaran dalam masa kepayahan dan kesempitan.



Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

* gambar dari google

1 comment:

Sila berikan pendapat, pandangan, komen, kritikan, dan sebagainya dengan berhikmah. Sila gunakan bahasa yang sopan dan tidak mengguris hati mana-ma pihak. Kerjasama daripada anda amatlah dihargai. Syukran Jazilan.