Saturday, November 27, 2010

Teman Kepercayaan

(Surah Ali-Imran ; 118)
118. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang-orang luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak berhenti-henti menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang tersembunyi dari hati mereka lebih jahat. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti.”

Di sini, Allah telah menekankan mengenai persahabatan dengan mereka yang tidak sealiran dengan agama kita dan juga kepercayaan kita terhadap mereka. Kita tidak dilarang untuk menjalinkan sebuah persahabatan dengan mereka. Malah, itu yang akan mengeratkan hubungan kita sesama manusia dan menjaga peradaban kita sesama makhluk. Walaupun berbeza agama, warna kulit dan juga bangsa. Allah tidak melarang sekali makhluk-Nya berhubung dengan sesiapa pun. Malah Dia amat menyukainya. Asalkan kita tahu batas-batas pergaulan antara kita dengan mereka. Namun, janganlah kita melatakkan sepenuh kepercayaan kita terhadap mereka kerana kalimat Allah di atas sudah terang lagi nyata maknanya. Mereka mahu melihat kehancuran diri kita sendiri, kehancuran umat Islam itu sendiri. Sedarlah wahai sahabat.

(Surah Ali-Imran ;120)
120. “Jika kamu memperoleh kebaikan, (nescaya) mereka bersedih hati, tetapi jika kamu tertimpa bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikit. Sungguh, Allah Maha Meliputi segala apa yang mereka kerjakan. “

“… tetapi jika kamu tertimpa bencana, mereka bergembira kerananya...” Mungkin secara zahirnya kita tidak nampak tetapi di dalam hatinya tidak siapa yang tahu. No one knows right. Namun, jika kita punyai kesabaran dan taqwa nescaya tidak tercuit pun dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segalanya.

“Jadi, pilihlah mereka yang benar-benar membawa dan memberi kebahagiaan kepadamu”

Jadikan Al-Quran Sebagai Teman Sejati

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir(beransur-ansur) yang bermula dengan surah al-Fatihah dan di akhiri surah an-Naas. 

Kenapa secara beransur?

Kerana memudahkan Rasulullah s.a.w untuk memahami dan seterusnya  menyampaikan kepada para umat.

Firman-Nya ; “Sesungguhnya al-Quran ini adalah sangat mulia”  (al-Waqi’ah;77)

Mulia di sisi Allah dan mulia juga di sisi Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya al-Quran adalah satu-satunya kitab Allah yang terakhir dan dapat membimbing hamba-Nya ke jalan yang diredai. Al-Quran terkandung segenap aspek yang diperlukan oleh kita sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Al-Quran adalah pelengkap bagi seorang mukmin yang taat akan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi, dengan hanya berpandukan al-Quran kehidupan seseorang akan lebih harmoni kerana ‘kemanisan iman’ itu dirasai olehnya.
Jadi, dengan hanya berpandukan al-Quran kehidupan seseorang itu bagai dipenuhi dan dikelilingi taman syurga . Indah dan harmoni. Itulah ‘kemanisan iman’. Tidak tergambar dek pancaindera manusia.  

Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh."(Riwayat Tarmizi)

Hmm… begitulah. Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti di atas. Umpamanya robohlah suatu rumah itu tanpa al-Quran di dalam ingatan seseorang. Sangat penting untuk kita berdamping di sisi al-Quran.

Al-Quran juga memberi kita lampu hijau untuk ke syurga.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."( Riwayat Ad Darimi Tarmizi )

Senang dan mudah. Namun…

Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : "Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan."( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Janganlah hentam kromo je semasa membacanya. Ingat tu… Kalau tidak dapatlah pahala seperti yang dinyatakan malah dosa pula yang dapat. 

Tahukah anda bahawa al-Quran akan menjadi ‘peneman’ kita pada hari akhirat kelak? Ok, al-Quran boleh jadi peneman kita tapi kita mestilah mendampinginya selalu semasa kita masih hidup(dunia). 

Jadilah al-Quran itu sebagai peneman setia anda. Ia tidak akan menyakiti fizikal dan merobek hati anda. Malah, ia akan menjadi pelindung anda di dunia dan di akhirat.

Thursday, November 25, 2010

10 Ciri Peribadi Muslim

Assalamualaikum w.b.t.
Ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu 10 ciri peribadi muslim yang perlu ada dalam diri setiap Muslim

~After we know and relize, let's make it real~ 

10 Ciri Peribadi Muslim
1) Salimul Aqidah = Akidah yang sempurna
Dengan kata lain Akidah yang bersih
Macam mana nak bersihkan akidah? 
- Bersahabat dengan orang yang soleh
- Berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
- Memahami Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap
- Jauhkan diri dari perkara bida'ah yang tidak ada sandaran syarak

2) Shahihul Ibadah = Ibadah yang sahih
Ibadah yang sahih ialah :-
- yang sah, diterima Allah, tepat sebagaimana yang dikehendakiNya, bersih dari sebarang penyelewengan dan salah faham 
Nak pastikan ibadah kita sahih?
- Betulkan niat kerana Allah S.W.T
- Tiada sifat riak atau ujub dalam diri
- Khusyuk ketika membuat ibadah
- Tidak menduakan Allah S.W.T.

3) Matinul Akhlaq = Akhlak yang kukuh
atau akhlak yang mantap
Bagaimana?
- Tidak bercakap perkara yang dusta
- Tepati janji
- Berani dalam melaksanakan kewajipan
- Tenang, serius dan bersungguh-sungguh, mesra dan ceria
- Mengasihi makhluk ciptaan Allah yang lain

4) Qawwiyul Jismi = Kekuatan Jasmani
Bagaimana?
- Jauhi minuman dan makanan yang haram dan tidak berkhasiat
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekitar
- Jauhi perkara yang mengkhayalkan
- Sentiasa beriadah

5) Mutsaqqatul Fikri = Intelek dalam berfikir
atau Berpengetahuan luas
Dengan cara?
- Mengamalkan bacaan dan memahami al-Quran
- Mengkaji sirah dan sejarah terdahulu
- Membaca, memahami dan menghafal hadis-hadis
-Mengkaji Islam dan umatnya
- Mempunyai koleksi bahan bacaan yang berilmu

6) Mujahadatun Linafsihi = Berjuang melawan hawa nafsu
Macam mana?
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan ketaatan
- Jauhi maksiat
- Membanyakkan kebaikan dari kejahatan

7) Harisun 'Ala Waqtihi = Menjaga waktu
Dengan...
- Membiasakan bersedia dari awal
- Menepati masa apabila berjanji
- Tidak berlengah-lengah

8) Munazhzhamanun Fi Syu'unihi = Bersistem (teratur) dalam sesuatu urusan
- Terurus kerja, hubungan keluarga dan masyarakat
- Tersusun perjumpaan dengan orang lain

9) Qodirun 'Alal Kasbi = Kemampuan usaha sendiri
atau Mampu berdikari
- Menjauhi riba'
- Tidak mengharapkan orang lain
- Ikhlas kerana Allah

10)  Naafi'un Lighorihi = Bermanfaat kepada orang lain
- Menunaikan hak-hak orang lain
- Berusaha membangunkan masyarakat

" Peliaharalah Allah, nescaya Allah memeliharamu "


Selamat Beramal! 

Sunday, November 21, 2010

Bulan Zulhijjah


 Alhamdulillah
Allah pertemukan kita dengan bulan Zulhijjah sekali lagi. Moga Allah mempertemukan kita dengan bulan ini di masa akan datang.



Anda nak tahu kelebihan bulan Zulhijjah??

>> 10 hari pertama dalm bulan ini dianggap mulia dan penuh dengan kelebihan
>> Menurut Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma'ad, sepuluh siang hari pertama Zulhijjah adalah lebih afdhal daripada sepuluh siang hari terakhir Ramadhan, sementara sepuluh malam terakhir Ramadhan pula adalah lebih baik daripada sepuluh malam pertama Zulhijjah kerana berlakunya lailatul qadar.
>> Di dalam kitab Fathul Bari, Al- Hafiz telah menyatakan :
"Adapun sebab keistimewaan sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah kerana terhimpunnya semua ibadah utama padanya iaitu solat, puasa, zakat dan haji, yang mana ianya tidak berlaku pada masa yang lain."
>> Selain itu, awal Zulhijjah merupakan musim haji di mana umat Islam yang berkemampuan melaksanakan rukun Islam kelima ini. 



Ape ye amalan dalam bulan ni?
= Melaksanakan solat fardhu secara berjemaah dan membanyakkan 
solat - solat sunat
= Puasa sunat dari 1 Zulhijjah hingga 8 Zulhijjah dan lebih digalakkan pada 
9 Zulhijjah


Bertakbir dan bertahmid
= Melakukan ibadah korban
= Bertaubat dari dosa dan maksiat


Akhir kata, gunalah peluang dalam bulan mulia ini yang telah diberikan oleh Allah S.W.T dengan sebaiknya. Janganlah kita mengsia- siakan masa luang dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. 

Selamat bercuti dan beramal