Saturday, November 27, 2010

Jadikan Al-Quran Sebagai Teman Sejati

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir(beransur-ansur) yang bermula dengan surah al-Fatihah dan di akhiri surah an-Naas. 

Kenapa secara beransur?

Kerana memudahkan Rasulullah s.a.w untuk memahami dan seterusnya  menyampaikan kepada para umat.

Firman-Nya ; “Sesungguhnya al-Quran ini adalah sangat mulia”  (al-Waqi’ah;77)

Mulia di sisi Allah dan mulia juga di sisi Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya al-Quran adalah satu-satunya kitab Allah yang terakhir dan dapat membimbing hamba-Nya ke jalan yang diredai. Al-Quran terkandung segenap aspek yang diperlukan oleh kita sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Al-Quran adalah pelengkap bagi seorang mukmin yang taat akan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi, dengan hanya berpandukan al-Quran kehidupan seseorang akan lebih harmoni kerana ‘kemanisan iman’ itu dirasai olehnya.
Jadi, dengan hanya berpandukan al-Quran kehidupan seseorang itu bagai dipenuhi dan dikelilingi taman syurga . Indah dan harmoni. Itulah ‘kemanisan iman’. Tidak tergambar dek pancaindera manusia.  

Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh."(Riwayat Tarmizi)

Hmm… begitulah. Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti di atas. Umpamanya robohlah suatu rumah itu tanpa al-Quran di dalam ingatan seseorang. Sangat penting untuk kita berdamping di sisi al-Quran.

Al-Quran juga memberi kita lampu hijau untuk ke syurga.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."( Riwayat Ad Darimi Tarmizi )

Senang dan mudah. Namun…

Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : "Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan."( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Janganlah hentam kromo je semasa membacanya. Ingat tu… Kalau tidak dapatlah pahala seperti yang dinyatakan malah dosa pula yang dapat. 

Tahukah anda bahawa al-Quran akan menjadi ‘peneman’ kita pada hari akhirat kelak? Ok, al-Quran boleh jadi peneman kita tapi kita mestilah mendampinginya selalu semasa kita masih hidup(dunia). 

Jadilah al-Quran itu sebagai peneman setia anda. Ia tidak akan menyakiti fizikal dan merobek hati anda. Malah, ia akan menjadi pelindung anda di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat, pandangan, komen, kritikan, dan sebagainya dengan berhikmah. Sila gunakan bahasa yang sopan dan tidak mengguris hati mana-ma pihak. Kerjasama daripada anda amatlah dihargai. Syukran Jazilan.