Tuesday, March 2, 2010

Ajaran Sesat!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kegiatan ajaran sesat dibongkar di Putrajaya

PUTRAJAYA: Ketua kumpulan Ajaran Abdul Rejab Ahmad bersama isterinya serta sembilan orang lain dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, petang semalam, atas tuduhan melakukan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Tertuduh, Abdul Rejab Ahmad, 50, didakwa mengikut Seksyen 5 dan Seksyen 6 akta berkenaan kerana kesalahan mengembangkan doktrin agama palsu dan membuat dakwaan palsu.

Isterinya serta sembilan yang lain didakwa mengikut Seksyen 6 akta sama kerana membuat dakwaan palsu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan sementara menunggu sebutan semula kes pada 21 April depan.

Hakim Nassir Abdul Aziz memerintahkan Abdul Rejab dibebaskan dengan jaminan RM5,000 manakala yang lain masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 5 akta itu, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyan 6 boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, mengesahkan penahanan lelaki itu bersama 10 yang lain dan mereka sudah dihadapkan ke mahkamah semalam.

Beliau enggan memberi butiran mereka yang sudah didakwa itu kerana siasatan masih dijalankan oleh pihaknya.

Pada awal pagi semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membongkar kegiatan penyebaran ajaran sesat yang berselindung di sebalik perkhidmatan rawatan alternatif berikutan serbuan di sebuah pangsapuri di Presint 17, di sini.

Dalam serbuan jam 1.20 pagi itu, penguat kuasa Jawi menahan 11 individu serta merampas beberapa bahan bukti, termasuk bendera dipercayai digunakan dalam kegiatan itu sejak dikesan Januari lalu.

Serbuan dilancarkan selepas Jawi dan polis menerima maklumat kegiatan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai penyampai risalah Allah dan menerima terus ajaran Islam daripada Nabi Muhammad dan Wali Allah.

Lelaki terbabit juga mendakwa mengetahui pelbagai perkara yang berlaku pada masa depan, termasuk tarikh kiamat dan meminta pengikutnya membuat persiapan awal.

Dia juga mendakwa kumpulannya mempunyai kekayaan di alam ghaib dan harta bernilai lebih RM35 trilion untuk diagihkan kepada umat Islam di seluruh dunia, termasuk RM6 juta kepada penduduk Putrajaya.

Difahamkan, mereka yang mahu menyertai kumpulan itu dikehendaki membayar RM6,666 iaitu angka sempena jumlah ayat al-Quran, manakala bayaran bagi rawatan bergantung kepada jenis penyakit dan kemampuan pesakit.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai kira-kira 60 pengikut dan mengamalkan zikir dengan menambahkan nama 'Syeikh Qadir al-Jailani' di akhir lafaz selawat.

INFO
Antara dakwaan ajaran Abdul Rejab Ahmad

# Sudah dibukakan hijab oleh Allah untuk melihat roh Nabi Muhammad dan wali yang turut berada dalam majlis kumpulan itu.

# Mampu melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman dengan sifat baginda berdua bertubuh besar, sedang tersenyum dan mempunyai lesung pipit.

# Nabi Muhammad sudah menyampaikan pesanan melalui mereka yang sudah dibukakan hijab.

# Allah menurunkan 20 bilion pembantu dan Nabi Muhammad sudah memberikan 550 trilion pembantu tetapi hanya mampu mengambil 20 trilion.

# Kitab al-Quran Emas sentiasa terbuka kepada pengikutnya dan al-Quran bersaiz A3 sentiasa menyaksikan setiap perkara yang berlaku.

# Nabi Muhammad sudah memberikan buku catatan harian kepada pengasas ajaran itu.


Berdasarkan artikel akhbar di atas (keluaran Fabruari lepas),  dinasihatkan agar kita semua lebih berhati-hati dengan ajaran-ajaran sesat yang semakin membimbangkan di Malaysia. Di bawah ini disenaraikan antara ajaran sesat yag telah diwartakan oleh JAKIM.

AJARAN SESAT DI MALAYSIA (Oleh JAKIM)

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat, pandangan, komen, kritikan, dan sebagainya dengan berhikmah. Sila gunakan bahasa yang sopan dan tidak mengguris hati mana-ma pihak. Kerjasama daripada anda amatlah dihargai. Syukran Jazilan.