Monday, March 15, 2010

Jom berhibur sambil beramal di Konsert Amal NAZREY JOHANI Tour De Tahfiz

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
 
 
Kelab Ahli Rakan Masjid (ARM) dengan kerjasama Entertainment Of Muslim Art Club (EAC) dan UiTM Pahang bakal mengadakan satu Konsert Amal iaitu KONSERT AMAL NAZREY JOHANI TOUR DE TAHFIZ di Dewan Serbaguna UiTM Pahang.
Konsert ini bertujuan untuk mengumpul dana dan sumbangan daripada kalangan penonton untuk membina Kompleks Pengajian Tahfiz, Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah yang diasaskan oleh Nazrey Johani (bekas anggota kumpulan Raihan).

Maklumat Konsert adalah seperti berikut.
Tarikh: 9 April 2010
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Serba Guna (DSG)
Harga Tiket: RM10
Menampilkan Artis: Nazrey Johani, Devotees, Nice

Maklumat lanjut untuk mendapatkan tiket, sila baca dalam gambar di bawah:
 
Sama-sama kita beramal sambil berhibur. Semoga konsert ini akan memberi manfaat kepada semua warga UiTM Pahang khususnya mahasiswa dan mahasiswi.

Sekian.
~Unite For Islam~

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat, pandangan, komen, kritikan, dan sebagainya dengan berhikmah. Sila gunakan bahasa yang sopan dan tidak mengguris hati mana-ma pihak. Kerjasama daripada anda amatlah dihargai. Syukran Jazilan.