Thursday, December 23, 2010

"Saya Ingat 5 Itu!"

Ini bukanlah 5 perkara tentang Rukun Negara. Tidak. Harap maklum. Yup, memang seringkali kita dengar di corong radio dan iklan di televisyen dan mungkin di internet juga mengenai 5 perkara ini. Adakah anda tahu apa benda 5 perkara yang ingin saya sampaikan pada entri kali ini? 

5 PERKARA :

1. Sihat SEBELUM sakit
2. Tua SEBELUM muda
3. Kaya SEBELUM miskin
4. Lapang SEBELUM sempit
5. Hidup SEBELUM mati

Hadis Nabi tentang "lima perkara sebelum lima perkara" itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut.
Riwayat Imam Hakim

SEBELUM 5 perkara itu terjadi, persiapkanlah diri kita dengan amalan-amalan mahmudah agar kelak di akhirat lebih terjamin.

Saturday, November 27, 2010

Teman Kepercayaan

(Surah Ali-Imran ; 118)
118. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang-orang luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak berhenti-henti menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang tersembunyi dari hati mereka lebih jahat. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti.”

Di sini, Allah telah menekankan mengenai persahabatan dengan mereka yang tidak sealiran dengan agama kita dan juga kepercayaan kita terhadap mereka. Kita tidak dilarang untuk menjalinkan sebuah persahabatan dengan mereka. Malah, itu yang akan mengeratkan hubungan kita sesama manusia dan menjaga peradaban kita sesama makhluk. Walaupun berbeza agama, warna kulit dan juga bangsa. Allah tidak melarang sekali makhluk-Nya berhubung dengan sesiapa pun. Malah Dia amat menyukainya. Asalkan kita tahu batas-batas pergaulan antara kita dengan mereka. Namun, janganlah kita melatakkan sepenuh kepercayaan kita terhadap mereka kerana kalimat Allah di atas sudah terang lagi nyata maknanya. Mereka mahu melihat kehancuran diri kita sendiri, kehancuran umat Islam itu sendiri. Sedarlah wahai sahabat.

(Surah Ali-Imran ;120)
120. “Jika kamu memperoleh kebaikan, (nescaya) mereka bersedih hati, tetapi jika kamu tertimpa bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikit. Sungguh, Allah Maha Meliputi segala apa yang mereka kerjakan. “

“… tetapi jika kamu tertimpa bencana, mereka bergembira kerananya...” Mungkin secara zahirnya kita tidak nampak tetapi di dalam hatinya tidak siapa yang tahu. No one knows right. Namun, jika kita punyai kesabaran dan taqwa nescaya tidak tercuit pun dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segalanya.

“Jadi, pilihlah mereka yang benar-benar membawa dan memberi kebahagiaan kepadamu”

Jadikan Al-Quran Sebagai Teman Sejati

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir(beransur-ansur) yang bermula dengan surah al-Fatihah dan di akhiri surah an-Naas. 

Kenapa secara beransur?

Kerana memudahkan Rasulullah s.a.w untuk memahami dan seterusnya  menyampaikan kepada para umat.

Firman-Nya ; “Sesungguhnya al-Quran ini adalah sangat mulia”  (al-Waqi’ah;77)

Mulia di sisi Allah dan mulia juga di sisi Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya al-Quran adalah satu-satunya kitab Allah yang terakhir dan dapat membimbing hamba-Nya ke jalan yang diredai. Al-Quran terkandung segenap aspek yang diperlukan oleh kita sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Al-Quran adalah pelengkap bagi seorang mukmin yang taat akan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi, dengan hanya berpandukan al-Quran kehidupan seseorang akan lebih harmoni kerana ‘kemanisan iman’ itu dirasai olehnya.
Jadi, dengan hanya berpandukan al-Quran kehidupan seseorang itu bagai dipenuhi dan dikelilingi taman syurga . Indah dan harmoni. Itulah ‘kemanisan iman’. Tidak tergambar dek pancaindera manusia.  

Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh."(Riwayat Tarmizi)

Hmm… begitulah. Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti di atas. Umpamanya robohlah suatu rumah itu tanpa al-Quran di dalam ingatan seseorang. Sangat penting untuk kita berdamping di sisi al-Quran.

Al-Quran juga memberi kita lampu hijau untuk ke syurga.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."( Riwayat Ad Darimi Tarmizi )

Senang dan mudah. Namun…

Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : "Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan."( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Janganlah hentam kromo je semasa membacanya. Ingat tu… Kalau tidak dapatlah pahala seperti yang dinyatakan malah dosa pula yang dapat. 

Tahukah anda bahawa al-Quran akan menjadi ‘peneman’ kita pada hari akhirat kelak? Ok, al-Quran boleh jadi peneman kita tapi kita mestilah mendampinginya selalu semasa kita masih hidup(dunia). 

Jadilah al-Quran itu sebagai peneman setia anda. Ia tidak akan menyakiti fizikal dan merobek hati anda. Malah, ia akan menjadi pelindung anda di dunia dan di akhirat.